Bayi Lahir Bersama Al-Quran
Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran. Sebelum ini banyak kita
mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan
Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini
satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah
dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul
Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz
Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya
bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang
Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi
itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain
antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti
Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari
Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama
Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan
telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar